26 Tip Dan Persediaan Penting Sebelum Mengembara Untuk Rujukan Traveler Wanita
Untuk pengembara-pengembara wanita kental kita. Tips ini untuk memudahkan anda dalam perjalanan nanti. Kebanyakan daripada tips ni lelaki pun boleh gunakan!
1. Beg yang dibawa (troli beg atau backpack) haruslah MAMPU diangkat/ digalas oleh anda TANPA pertolongan orang lain.
1. Beg yang dibawa (troli beg atau backpack) haruslah MAMPU diangkat/ digalas oleh anda TANPA pertolongan orang lain.
Kalau macam tak boleh, maksudnya anda bawa beg yang terlalu berat! Cuba kurangkan muatan dalam beg, atau boleh guna servis seperti TA-Q-BIN/ Takkyubin untuk ‘courier’ beg ke destinasi anda.
2. Tak perlu bawa terlalu banyak baju / pakaian dalam.
Bawa beberapa helai saja dan basuh / ulang pakai. Dengan cara ini dapat kurangkan muatan dan tak perlu bawa balik ‘baju kotor’ yang menambahkan beban beg anda je!
3. Dokumen penting
Letakkan barang berharga dan dokumen penting dalam carry-on beg. Jangan letak dalam beg yang akan di-check in ke dalam cargo pulak ye!
4. Back up dokumen penting
Scan dokumen atau maklumat penting seperti passport & IC copy, info tiket penerbangan, hotel booking, itinerary dan sebagainya. Save soft copy dalam phone atau laptop (jika anda bawa). Attached soft copies ini dalam email dan email ke diri sendiri (in case kalau phone/laptop hilang, anda boleh akses dokumen-dokumen ini dari email di mana-mana sahaja).
5. Back up nombor telefon penting
Untuk mereka yang susah nak hafal nombor telefon, tulis nombor telefon/ email nombor telefon yang penting kepada diri sendiri.
Contoh: No telefon ibu, bapa, suami, isteri, anak, sahabat karib, majikan, etc. Nak lagi canggih, sync contacts dengan email anda seperti Microsoft Outlook, Gmail atau Yahoo. Serupa macam no.4, ini adalah untuk mengelakkan cemas bila handphone hilang. Hehe.
6. Bawa shawl / scarf yang sederhana tebal
Scarf ni sangat berguna dan multi-purpose : Boleh jadi mask/pelindung muka dan kepala daripada habuk, panas, hujan, alas tidur, tikar sembahyang, atau untuk panaskan badan dalam aircond dan cuaca yang agak sejuk.
7. Pelajari perkataan asas di negara yang dikunjungi
Jika pergi ke negara yang tak menggunakan Bahasa Inggeris, belajar ayat-ayat mudah dalam Bahasa mereka seperti ‘terima kasih’, ‘di mana bilik air’, ‘boleh tolong saya’ dan sebagainya. Mereka pun mesti rasa happy nak tolong melihatkan ‘effort’ kita bercakap dalam Bahasa mereka
8. Rambut kemas dan terurus
Untuk mereka yang tidak berhijab, seeloknya ikat pony-tail atau sanggulkan rambut anda bagi yang berambut panjang supaya lebih kemas. Lagi kemas, lagi senang nak bergerak ke sana sini. Hehe.
9. Utamakan keselamatan
Jangan sekali-kali cuai dengan aspek keselamatan anda! Apa-apa pun yang anda mahu buat, ingat bahawa keselamatan anda adalah yang paling UTAMA sekali. Jika rasa tak selamat, katakan saja ‘NO’.
10. Install XE Currency Converter dalam handphone anda
Kadang-kadang kita tak dapat check currency converter apps dalam phone sebab handphone dah mati/ hang dan sebagainya. Apa kata tulis currency rate yang penting bagi anda atas satu kertas/ kad supaya anda boleh rujuk nanti tanpa perlu terlalu bergantung harap pada handphone anda
11. Bagi yang menggunakan make-up, tak perlu bawa terlalu banyak barang
Contoh: Lipstick, bawa 1 lipstick sahaja sudah cukup! Tak perlu bawa terlalu banyak. Pilih 1 warna yang paling anda suka. Gunakan ruang yang ada untuk isi barang yang lebih penting seperti moisturizer dan sunblock. Jangan beratkan beg anda dengan barang make-up!
12. Masukkan moisturizer/toner ke dalam bekas kecil
Bekas kecil ini boleh dibeli di Daiso. Jadi anda tak perlu bawa botol besar dan beratkan beg!
13. Jangan risau kalau terbuat perkara bodoh
Hehe. Seperti tersalah naik train dan sebagainya. Kadang-kadang kita akan belajar dari kesilapan-kesilapan macam ni. Jadi rileks saja dan atur langkah seterusnya.
14. Banyakkan berjalan
Berjalan di sekeliling bandar akan membuatkan anda lebih cepat belajar tentang budaya dan cara hidup masyarakat local di situ.
15. Diskrimasi dan racism
Anda mungkin akan mengalami diskriminasi seperti ‘gender-racism’, Islamophobia, dan sebagainya. Mungkin anda akan rasa tidak adil atau marah, tetapi ini adalah realiti dan ini mungkin berlaku pada anda. Fikirkan bagaimana anda nak atasi/respon kepada situasi ini jika ia berlaku kepada anda
16. Nak cari tempat makan yang best? Follow the locals
Masyarakat tempatan lebih tahu kat mana yang best. Kalau nampak tempat makan tu ramai orang, besar kemungkinan sedap la tu. Hahaha. Kepada yang beragama Islam, semak dulu makanan tersebut Halal atau tidak!
Yang penting makanan tersebut tiada pork / alcohol dan semestinya anda boleh makan seafood (menggantikan ayam dan daging yang tak disembelih).
Untuk yang beragama Islam, install apps ini: Zabihah. Apps ini akan memudahkan anda mencari restaurant Halal di sekitar anda
17. Tidur di lapangan terbang
Traveller perempuan pun boleh tidur dalam sleeper train/ bus atau tidur di airport. Takde masalah. Tapi jaga diri dan barang-barang anda! Dan jangan leka sampai terlepas station anda pulak! Set alarm clock ye.
18. Cuba bertenang
Kalau anda stress, kecewa, penat, homesick, lapar dan sebagainya, cuba bertenang. Tarik nafas dan hembus. Kalau tak boleh jugak dan rasa nak nangis, nangis je! It’s OK untuk menangis dan anda akan rasa lebih lega lepas tu.
19. Jangan malu bertanya dengan orang awam
Anda akan dapat info yang lebih tepat. Sediakan map/pen/kertas untuk mudahkan proses bertanya/ membuat penjelasan.
20. Tidur di hostel atau hotel?
Tak salah tidur di tempat yang murah untuk berjimat. Tapi jika ada tempat yang agak mahal yang anda nak sangat pergi, apa kata anda berjimat di hostel murah untuk beberapa hari, lepas tu tidur lah tempat yang mahal sikit untuk semalam dua. Janji dapat merasa. Hehe.
21. Jangan lupa bawa tuala wanita / panty liner
Tak perlu terlalu banyak, tapi cukup untuk keskes ‘emergency’. Manalah tahu tiba-tiba ‘kawan’ kita tu datang tanpa diundang.
Kadang-kadang semasa travel disebabkan keletihan, perubahan cuaca dll, period mungkin akan dating lebih awal atau lambat daripada waktu yang dijangkakan. Tambahan kalau pergi ke tempat yang agak terpencil. Mana nak cari sanitary pad masa tu? Huhu.
22. Sentiasa bawa tisu / wet tissue dalam beg anda
Tak semua tandas ada tisu. Boleh digunakan untuk kegunaan personal atau bersihkan tandas daripada ‘sisa-sisa’ yang tak dikehendaki. Euww.
23. Belajar baca peta ya
Ini penting! Jangan terlalu bergantung pada peta digital dalam phone. Mana la tahu takde coverage ke. Cuba juga download offline maps dalam phone.
24. Bergaul dengan masyarakat tempatan
Baru lah best. Boleh minta FB atau IG diorang jugak (kalau ada).
25. Jangan takut untuk travel solo
Travel secara solo mungkin akan menjadi pengalaman dan memori paling manis untuk anda.
26. Buatlah apa yang anda nak buat, at your own pace
Kadang-kadang, anda tak perlu terlalu ikut plan anda sangat. Kalau hari tu anda rasa nak lepak-lepak di café, bersantai tepi pantai, silakan! Yang penting you have a good time. There’s no right or wrong. Just enjoy.