Bidang/Kerjaya dalam IT | Perihal |
Pentadbir rangkaian |
- Pentadbir rangkaian bertanggungjawab untuk menguruskan komputer pada rangkaian.
- Tugas mereka termasuk memasang dan menyelenggarakan rangkaian dan menambah serta mengeluarkan individu daripada senarai pengguna yang dibenarkan.
|
Pentadbir pangkalan data |
- Pentadbir pangkalan data bertanggungjawab untuk menyelenggarakan pangkalan data yang mengatur maklumat yang disimpan dalam komputer.
- Pentadbir pangkalan data juga bertanggungjawab untuk menentukan siapa yang perlu diberi akses ke bahagian tertentu dalam pangkalan data.
|
Pentadbir Web |
- Pentadbir web bertanggungjawab untuk menguruskan laman Web. Mereka sama ada terlibat pada peringkat semasa laman Web sedang dicipta atau apabila laman Web berfungsi.
- Pentadbir Web merujuk pada klien yang memiliki laman Web dan bakal pengguna untuk memastikan laman Web mengikut keperluan mereka.
- Pentadbir Web juga merancang audit dan menyemak untuk memastikan laman Web selamat dan dikemaskinikan.
|
Profesional grafik komputer |
- Profesional grafik komputer mencipta grafik dan animasi untuk tujuan komersil dengan menggunakan komputer.
- Mereka menggunakan perisian pengeditan foto untuk mempertingkatkan kualiti grafik.
|
Penulis teknikal |
- Penulis teknikal mencipta dokumentasi mengenai sebarang jenis teknologi. Contohnya, penulis teknikal mencipta dokumen bantuan dan fail bantuan dalam talian untuk menyelesaikan masalah teknikal.
- Mereka juga menulis artikel teknikal untuk majalah dan kertas mengenai teknologi akan datang dan peranti digital.
|
Pengaturcara |
- Kerja pengaturcara adalah untuk menulis aturcara yang digunakan untuk mencipta perisian. Mereka juga menguji dan menyelenggarakan perisian.
- Pengaturcara mungkin bekerja sendirian atau dalam pasukan untuk mencipta aturcara.
|
Pembangun Perisian |
- Terdapat ramai orang yang terlibat dalam pembangunan perisian. Kerja pembangun perisian adalah untuk menyelaras dengan semua orang yang terlibat dan memperkemas keseluruhan proses pembangunan perisian.
- Apabila terdapat berbilang pengatur cara yang menulis untuk perisian yang sama, pembangun perisian juga bertanggungjawab untuk menghimpun kerja semua pengaturcara dan mengintegrasikan ke dalam perisian.
|
Pereka laman Web |
- Pereka laman Web bertanggungjawab untuk mereka bentuk dan menyelenggarakan laman Web organisasi.
- Mereka juga bertanggungjawab untuk menganggarkan bajet yang diperlukan untuk menyelenggarakan dan mengemas kini laman Web.
- Pereka laman Web juga menyimpan rekod bilangan pelawat ke sesuatu laman Web.
|
Pereka permainan |
- Pereka permainan bertanggungjawab untuk menentukan rupa dan fungsi permainan. Permainan boleh jadi dari pelbagai jenis, seperti permainan aksi, permainan perlumbaan dan permainan pengembaraan.
- Pereka permainan perlu menggambarkan permainan sehingga ke butiran yang paling kecil. Contohnya, jika mereka sedang mereka bentuk permainan perlumbaan mereka membayangkan jenis berlainan kenderaan, warna kenderaan dan jenis litar perlumbaan.
|