Kerjaya dalam bidang IT (Information Technology) adalah meluas namun bidang yang diceburi dalam IT dan seterusnya akan menjadi seorang yang Profesional dalam bidang IT adalah individu yang mempunyai pengetahuan teknikal, pengalaman dan kelayakan untuk bekerja dalam industri IT ini. Jadual berikut memperlihatkan beberapa contoh bidang kerjaya biasa diceburi dalam profesional IT.
Bidang/Kerjaya dalam IT | Perihal |
Pentadbir rangkaian |
- Pentadbir rangkaian bertanggungjawab untuk menguruskan komputer pada rangkaian.
- Tugas mereka termasuk memasang dan menyelenggarakan rangkaian dan menambah serta mengeluarkan individu daripada senarai pengguna yang dibenarkan.
|
Pentadbir pangkalan data |
- Pentadbir pangkalan data bertanggungjawab untuk menyelenggarakan pangkalan data yang mengatur maklumat yang disimpan dalam komputer.
- Pentadbir pangkalan data juga bertanggungjawab untuk menentukan siapa yang perlu diberi akses ke bahagian tertentu dalam pangkalan data.
|
Pentadbir Web |
- Pentadbir web bertanggungjawab untuk menguruskan laman Web. Mereka sama ada terlibat pada peringkat semasa laman Web sedang dicipta atau apabila laman Web berfungsi.
- Pentadbir Web merujuk pada klien yang memiliki laman Web dan bakal pengguna untuk memastikan laman Web mengikut keperluan mereka.
- Pentadbir Web juga merancang audit dan menyemak untuk memastikan laman Web selamat dan dikemaskinikan.
|
Profesional grafik komputer |
- Profesional grafik komputer mencipta grafik dan animasi untuk tujuan komersil dengan menggunakan komputer.
- Mereka menggunakan perisian pengeditan foto untuk mempertingkatkan kualiti grafik.
|
Penulis teknikal |
- Penulis teknikal mencipta dokumentasi mengenai sebarang jenis teknologi. Contohnya, penulis teknikal mencipta dokumen bantuan dan fail bantuan dalam talian untuk menyelesaikan masalah teknikal.
- Mereka juga menulis artikel teknikal untuk majalah dan kertas mengenai teknologi akan datang dan peranti digital.
|
Pengaturcara |
- Kerja pengaturcara adalah untuk menulis aturcara yang digunakan untuk mencipta perisian. Mereka juga menguji dan menyelenggarakan perisian.
- Pengaturcara mungkin bekerja sendirian atau dalam pasukan untuk mencipta aturcara.
|
Pembangun Perisian |
- Terdapat ramai orang yang terlibat dalam pembangunan perisian. Kerja pembangun perisian adalah untuk menyelaras dengan semua orang yang terlibat dan memperkemas keseluruhan proses pembangunan perisian.
- Apabila terdapat berbilang pengatur cara yang menulis untuk perisian yang sama, pembangun perisian juga bertanggungjawab untuk menghimpun kerja semua pengaturcara dan mengintegrasikan ke dalam perisian.
|
Pereka laman Web |
- Pereka laman Web bertanggungjawab untuk mereka bentuk dan menyelenggarakan laman Web organisasi.
- Mereka juga bertanggungjawab untuk menganggarkan bajet yang diperlukan untuk menyelenggarakan dan mengemas kini laman Web.
- Pereka laman Web juga menyimpan rekod bilangan pelawat ke sesuatu laman Web.
|
Pereka permainan |
- Pereka permainan bertanggungjawab untuk menentukan rupa dan fungsi permainan. Permainan boleh jadi dari pelbagai jenis, seperti permainan aksi, permainan perlumbaan dan permainan pengembaraan.
- Pereka permainan perlu menggambarkan permainan sehingga ke butiran yang paling kecil. Contohnya, jika mereka sedang mereka bentuk permainan perlumbaan mereka membayangkan jenis berlainan kenderaan, warna kenderaan dan jenis litar perlumbaan.
|
0 comments:
Post a Comment