Apakah kemudahan yang disediakan di Fakulti Pendidikan?
Jawapan: Terdapat banyak kemudahan disediakan di fakulti untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif kepada pelajar:
- Makmal Komputer: Fakulti Pendidikan mempunyai lima buah makmal komputer untuk kegunaan para pelajar. Semua pelajar boleh menggunakan makmal komputer tersebut tertaklok tiada kelas dijalankan di makmal tersebut.
- Pusat Sumber Fakulti Pendidikan: Pusat Sumber Fakulti Pendidikan (PSFP) menyimpan tesis-tesis dan kertas ilmiah yang dihasilkan oleh pelajar PhD, sarjana dan prasiswazah dari tahun 1980 hingga kini, serta bahan-bahan rujukan yang berkaitan dengan bidang pendidikan. Hanya pelajar yang mempunyai kad pelajar sahaja dibenarkan memasuki pusat sumber pada masa perkhidmatan. Tempoh masa perkhidmatan bagi PSFP adalah antara jam 8 pagi sehingga 5 petang.
- Pusat Akses Kendiri: Fakulti mempunyai sebuah Pusat Pembelajaran Kendiri (Self-Access Centre) diterajui oleh Penyelaras Program TESL dengan dibantu oleh seorang kakitangan sokongan. Pusat ini mempunyai 22 buah komputer serta bahan-bahan bacaan yang berkaitan pendidikan.
- Ruang-ruang pembelajaran (Gazebo): Terdapat banyak ruang pembelajaran disediakan di sekitar fakulti untuk kegunaan pelajar termasuklah Gazebo-gazebo yang boleh digunakan sebagai tempat perbincangan kumpulan yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar
0 comments:
Post a Comment