TIPS KESELAMATAN KETIKA TRAVEL
Tiada tempat yang 100% benar benar selamat didalam dunia ini. Setiap negara dan kotaraya pasti mempunyai kes jenayah masing masing. Yang membezakannya ialah sama ada kadar jenayah di sesuatu tempat itu tinggi atau rendah sahaja. Dalam keseronokan melancong, keselamatan juga perlu diambil kira terutama jika kita melawat ke luar negara. Disini disenaraikan beberapa tips keselamatan sewaktu melancong untuk diambil sebagai panduan.
1. Memeriksa Barangan Peribadi
Apabila anda berehat dan berhenti di sesuatu tempat, sila amalkan untuk memeriksa kembali kawasan tempat duduk sebelum bangun dan meninggalkan tempat itu. Ketika melancong, memang kita akan membawa lebih banyak barang daripada biasa, contohnya beg, kamera, jaket, passport dan sebagainya. Sebab itu kebarangkalian untuk tertinggal barang amat tinggi sewaktu travel. Jadi sebelum bangun meninggalkan tempat anda, periksa dahulu kawasan sekeliling untuk pastikan tiada yang tertinggal.

2. Asingkan Duit
Selalunya kita akan menyimpan wang tunai dan kredit kad di dalam dompet kan? Tapi jika anda pergi travel, jangan lakukan perkara yang sama. Agihkan duit wang tunai dan kredit kad serta simpan di tempat tempat yang berbeza. Juga digalakkan untuk agihkan wang tunai kepada suami, isteri atau rakan rakan supaya ianya tidak disimpan oleh seorang sahaja. Setidaknya kalau berlaku ragut atau kecurian pada seseorang, tidak semua wang yang hilang sekaligus.

3. Poket Belakang
Untuk mengelak dari pencopet, jangan simpan dompet di poket belakang. Simpan di poket hadapan atau yang lebih bagus, gunakan poket yang mempunyai butang.
Untuk mengelak dari pencopet, jangan simpan dompet di poket belakang. Simpan di poket hadapan atau yang lebih bagus, gunakan poket yang mempunyai butang.
4. Scan Doukumen Yang Penting
Scan doukumen perjalanan seperti passport, visa, travel insurance, dsb dan kemudian emailkan kepada diri sendiri sebagai backup. Fotokopi juga dokumen dokumen ini dan bawa bersama anda ketika travel. Macam macam boleh berlaku, dan anda tidak pasti bilakah beg anda yang berisi barang-barang penting akan hilang.

5. Dapatkan Insuran Perjalanan
Ramai yang tidak ambil peduli tapi travel insurance sebenarnya sangat penting. Anda tidak tahu bila anda akan jatuh sakit atau mungkin terlibat dengan kemalangan. Di sebahagian negara, anda tidak akan diterima masuk kedalam hospital tanpa mempunyai insuran. Rakan di pejabat saya sendiri pernah mengalami waktu kecemasan ketika bercuti di Thailand. Anaknya tiba tiba jatuh sakit akibat sakit appendic yang hampir pecah. Mujurlah syarikat tempat saya bekerja mempunyai kemudahan coverage travel insurance untuk setiap pekerjanya, jadi dia tidak perlu membayar apa apa pun walaupun bil perubatannya memang mahal.

6. Dapatkan Vaksin
Dapatkan maklumat tentang imunisasi tentang negara yang kita akan lawat. Terutama jika melawat negara yang tahap kesihatannya lebih rendah, dapatkan vaksin daripada doktor jika perlu sebelum pergi ke sana.

7. Jangan Terlalu Menonjol
Elakkan terlalu menonjol iaitu menunjuk barang barang di khalayak ramai seperti barang kemas, duit, barangan mewah dan sebagainya. Simpan kamera di dalam beg jika tidak menggunakannya.
Elakkan terlalu menonjol iaitu menunjuk barang barang di khalayak ramai seperti barang kemas, duit, barangan mewah dan sebagainya. Simpan kamera di dalam beg jika tidak menggunakannya.
8. Memberi Duit Kepada Peminta Sedekah
Niat anda memang baik. tapi lebih baik sedekah di tempat yang lebih selamat seperti di rumah anak yatim dan sebagainya. Membuka dompet dan mengeluarkan duit di khalayak ramai terutama di tempat asing memang tidak digalakkan. Mana tahu ada orang lain yang sedang memerhati.

9. Pasrah
Ini perkara yang mudah, tapi ramai yang tak faham dan tak mahu ikut. Kalau anda di rompak, berikan sahaja apa yang diminta dan jangan melawan. Travel insuran akan cover balik apa yang anda hilang dan nyawa lagi penting dari beg tangan mewah anda itu. Berikan sahaja apa yang diminta, cepat cepat tinggalkan tempat tersebut dan hubungi polis.

10. Dapatkan Tips di Forum atau Blog
Dalam dunia moden ini, dapatkan maklumat memang mudah, Sebelum pergi, baca dahulu pengalaman pengalaman orang lain yang sudah pegi ke tempat tersebut. Banyak forum dan blog blog yang anda boleh baca. Beri perhatian kepada tips keselamatan, scam, penipuan kepada pelancong pelancong yang selalu terjadi di tempat tersebut. Melakukan persediaan akan mebuatkan anda lebih yakin untuk pergi melancong.

26 Tip Dan Persediaan Penting Sebelum Mengembara Untuk Rujukan Traveler Wanita
Untuk pengembara-pengembara wanita kental kita. Tips ini untuk memudahkan anda dalam perjalanan nanti. Kebanyakan daripada tips ni lelaki pun boleh gunakan!
1. Beg yang dibawa (troli beg atau backpack) haruslah MAMPU diangkat/ digalas oleh anda TANPA pertolongan orang lain.
1. Beg yang dibawa (troli beg atau backpack) haruslah MAMPU diangkat/ digalas oleh anda TANPA pertolongan orang lain.
Kalau macam tak boleh, maksudnya anda bawa beg yang terlalu berat! Cuba kurangkan muatan dalam beg, atau boleh guna servis seperti TA-Q-BIN/ Takkyubin untuk ‘courier’ beg ke destinasi anda.
2. Tak perlu bawa terlalu banyak baju / pakaian dalam.
Bawa beberapa helai saja dan basuh / ulang pakai. Dengan cara ini dapat kurangkan muatan dan tak perlu bawa balik ‘baju kotor’ yang menambahkan beban beg anda je!
3. Dokumen penting
Letakkan barang berharga dan dokumen penting dalam carry-on beg. Jangan letak dalam beg yang akan di-check in ke dalam cargo pulak ye!
4. Back up dokumen penting
Scan dokumen atau maklumat penting seperti passport & IC copy, info tiket penerbangan, hotel booking, itinerary dan sebagainya. Save soft copy dalam phone atau laptop (jika anda bawa). Attached soft copies ini dalam email dan email ke diri sendiri (in case kalau phone/laptop hilang, anda boleh akses dokumen-dokumen ini dari email di mana-mana sahaja).
5. Back up nombor telefon penting
Untuk mereka yang susah nak hafal nombor telefon, tulis nombor telefon/ email nombor telefon yang penting kepada diri sendiri.
Contoh: No telefon ibu, bapa, suami, isteri, anak, sahabat karib, majikan, etc. Nak lagi canggih, sync contacts dengan email anda seperti Microsoft Outlook, Gmail atau Yahoo. Serupa macam no.4, ini adalah untuk mengelakkan cemas bila handphone hilang. Hehe.
6. Bawa shawl / scarf yang sederhana tebal
Scarf ni sangat berguna dan multi-purpose : Boleh jadi mask/pelindung muka dan kepala daripada habuk, panas, hujan, alas tidur, tikar sembahyang, atau untuk panaskan badan dalam aircond dan cuaca yang agak sejuk.
7. Pelajari perkataan asas di negara yang dikunjungi
Jika pergi ke negara yang tak menggunakan Bahasa Inggeris, belajar ayat-ayat mudah dalam Bahasa mereka seperti ‘terima kasih’, ‘di mana bilik air’, ‘boleh tolong saya’ dan sebagainya. Mereka pun mesti rasa happy nak tolong melihatkan ‘effort’ kita bercakap dalam Bahasa mereka
8. Rambut kemas dan terurus
Untuk mereka yang tidak berhijab, seeloknya ikat pony-tail atau sanggulkan rambut anda bagi yang berambut panjang supaya lebih kemas. Lagi kemas, lagi senang nak bergerak ke sana sini. Hehe.
9. Utamakan keselamatan
Jangan sekali-kali cuai dengan aspek keselamatan anda! Apa-apa pun yang anda mahu buat, ingat bahawa keselamatan anda adalah yang paling UTAMA sekali. Jika rasa tak selamat, katakan saja ‘NO’.
10. Install XE Currency Converter dalam handphone anda
Kadang-kadang kita tak dapat check currency converter apps dalam phone sebab handphone dah mati/ hang dan sebagainya. Apa kata tulis currency rate yang penting bagi anda atas satu kertas/ kad supaya anda boleh rujuk nanti tanpa perlu terlalu bergantung harap pada handphone anda
11. Bagi yang menggunakan make-up, tak perlu bawa terlalu banyak barang
Contoh: Lipstick, bawa 1 lipstick sahaja sudah cukup! Tak perlu bawa terlalu banyak. Pilih 1 warna yang paling anda suka. Gunakan ruang yang ada untuk isi barang yang lebih penting seperti moisturizer dan sunblock. Jangan beratkan beg anda dengan barang make-up!
12. Masukkan moisturizer/toner ke dalam bekas kecil
Bekas kecil ini boleh dibeli di Daiso. Jadi anda tak perlu bawa botol besar dan beratkan beg!
13. Jangan risau kalau terbuat perkara bodoh
Hehe. Seperti tersalah naik train dan sebagainya. Kadang-kadang kita akan belajar dari kesilapan-kesilapan macam ni. Jadi rileks saja dan atur langkah seterusnya.
14. Banyakkan berjalan
Berjalan di sekeliling bandar akan membuatkan anda lebih cepat belajar tentang budaya dan cara hidup masyarakat local di situ.
15. Diskrimasi dan racism
Anda mungkin akan mengalami diskriminasi seperti ‘gender-racism’, Islamophobia, dan sebagainya. Mungkin anda akan rasa tidak adil atau marah, tetapi ini adalah realiti dan ini mungkin berlaku pada anda. Fikirkan bagaimana anda nak atasi/respon kepada situasi ini jika ia berlaku kepada anda
16. Nak cari tempat makan yang best? Follow the locals
Masyarakat tempatan lebih tahu kat mana yang best. Kalau nampak tempat makan tu ramai orang, besar kemungkinan sedap la tu. Hahaha. Kepada yang beragama Islam, semak dulu makanan tersebut Halal atau tidak!
Yang penting makanan tersebut tiada pork / alcohol dan semestinya anda boleh makan seafood (menggantikan ayam dan daging yang tak disembelih).
Untuk yang beragama Islam, install apps ini: Zabihah. Apps ini akan memudahkan anda mencari restaurant Halal di sekitar anda
17. Tidur di lapangan terbang
Traveller perempuan pun boleh tidur dalam sleeper train/ bus atau tidur di airport. Takde masalah. Tapi jaga diri dan barang-barang anda! Dan jangan leka sampai terlepas station anda pulak! Set alarm clock ye.
18. Cuba bertenang
Kalau anda stress, kecewa, penat, homesick, lapar dan sebagainya, cuba bertenang. Tarik nafas dan hembus. Kalau tak boleh jugak dan rasa nak nangis, nangis je! It’s OK untuk menangis dan anda akan rasa lebih lega lepas tu.
19. Jangan malu bertanya dengan orang awam
Anda akan dapat info yang lebih tepat. Sediakan map/pen/kertas untuk mudahkan proses bertanya/ membuat penjelasan.
20. Tidur di hostel atau hotel?
Tak salah tidur di tempat yang murah untuk berjimat. Tapi jika ada tempat yang agak mahal yang anda nak sangat pergi, apa kata anda berjimat di hostel murah untuk beberapa hari, lepas tu tidur lah tempat yang mahal sikit untuk semalam dua. Janji dapat merasa. Hehe.
21. Jangan lupa bawa tuala wanita / panty liner
Tak perlu terlalu banyak, tapi cukup untuk keskes ‘emergency’. Manalah tahu tiba-tiba ‘kawan’ kita tu datang tanpa diundang.
Kadang-kadang semasa travel disebabkan keletihan, perubahan cuaca dll, period mungkin akan dating lebih awal atau lambat daripada waktu yang dijangkakan. Tambahan kalau pergi ke tempat yang agak terpencil. Mana nak cari sanitary pad masa tu? Huhu.
22. Sentiasa bawa tisu / wet tissue dalam beg anda
Tak semua tandas ada tisu. Boleh digunakan untuk kegunaan personal atau bersihkan tandas daripada ‘sisa-sisa’ yang tak dikehendaki. Euww.
23. Belajar baca peta ya
Ini penting! Jangan terlalu bergantung pada peta digital dalam phone. Mana la tahu takde coverage ke. Cuba juga download offline maps dalam phone.
24. Bergaul dengan masyarakat tempatan
Baru lah best. Boleh minta FB atau IG diorang jugak (kalau ada).
25. Jangan takut untuk travel solo
Travel secara solo mungkin akan menjadi pengalaman dan memori paling manis untuk anda.
26. Buatlah apa yang anda nak buat, at your own pace
Kadang-kadang, anda tak perlu terlalu ikut plan anda sangat. Kalau hari tu anda rasa nak lepak-lepak di café, bersantai tepi pantai, silakan! Yang penting you have a good time. There’s no right or wrong. Just enjoy.
Keburukan internet kepada Guru
Dalam memperkatakan tentang kepentingan internet kepada guru. Terdapat juga keburukan yang disebabkan penggunaan internet diantaranya ialah :
1. Penggunaan internet yang tidak terkawal
- kemudahan yang diberikan kepada guru kadang kala di salah guna oleh guru sehingga mereka terlupa fokus utama kemudahan itu diberikan. Contohnya aktiviti "chatting" menyebabkan ramai yang leka.
2. Maklumat yang tepat
- pada masa kini, guru-guru sekolah semakin biasa mendapatkan maklumat daripada Internet. Didapati masih terdapat banyak guru-guru di sekolah rendah kurang mahir menentukan atau memilihkan kesahihan maklumat maklumat tersebut sedangkan kesahihan maklumat adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
3. Terdedah kepada bahan yang negatif
- dalam menggunakan internet guru tidak terlepas dari terdedah kepada bahan-bahan yang negatif seperti perjudian, bahan lucah dan skim-skim cepat kaya yang membolehkan guru tersebut terjerumus dalam aktiviti yang tidak sihat.

The Ten Commandments of Computer Ethics
Computer Ethics Institute
- Thou shalt not use a computer to harm other people.
- Thou shalt not interfere with other people's computer work.
- Thou shalt not snoop around in other people's computer files.
- Thou shalt not use a computer to steal.
- Thou shalt not use a computer to bear false witness.
- Thou shalt not copy or use proprietary software for which you have not paid.
- Thou shalt not use other people's computer resources without authorization or proper compensation.
- Thou shalt not appropriate other people's intellectual output.
- Thou shalt think about the social consequences of the program you are writing or the system you are designing.
- Thou shalt always use a computer in ways that ensure consideration and respect for your fellow humans.
PENGGUNAAN EMAIL
PENGENALAN EMAIL
Mel elektronik adalah antara aplikasi yang paling awal diperkenalkan kepada pengguna Internet. Semasa ARPANET mula ditubuhkan pengurus rangkaian mendapati bahawa ia amat digemari dan pengguna pula lazimnya menggunakan e-mail bukan hanya untuk berkomunikasi tentang kerja penyelidikan tetapi juga untuk bersosial.
Apakah e-mail?
Ia merupakan aplikasi yang membolehkan pengguna Internet berkomunikasi dalam bentuk teks di antara satu sama lain secara langsung. Melalui e-mail, pengguna Internet boleh menghantar utusan yang sama kepada lebih dari seorang penerima, menyalinkan utusan yang diterima untuk dihantar ke pengguna lain, mengepilkan pelbagai jenis fail bersama e-mail, mengarahkan komputer melakukan sesuatu dan lain-lain lagi.
Mengapa e-mail Digemari?
Secara amnya email digemari kerana ia adalah alat komunikasi serba boleh. Ia mudah diguna, murah, cepat, dan reliable. Jika ditulis dalam bentuk semiformal atau tidak formal, ia lazimnya cepat dibalas berbanding dengan surat biasa dan faks. Bagaimanapun, pengguna perlu menyedari bahawa e-mail bukanlah satu alat komunikasi yang segerak (synchronous) seperti telefon di mana kedua pihak boleh berkomunikasi dengan serta merta sehingga matlamat mereka berkomunikasi tercapai. Kelemahan e-mail ini perlu disedari sebelum ia diatasi.
Bagaimana Mendapatkan Perkhidmatan e-mail?
Untuk mendapatkan perkhidmatan e-mail, anda mestilah terlebih dahulu mendapatkan akaun e-mail daripada pengurus rangkaian atau melalaui pembekal PPI anda. Jika tempat anda bekerja sudah mempunyai sambungan ke Internet, pengurus rangkaian boleh membuka akaun e-mail untuk anda di komputer yang menjadi pelayan e-mail. Jika tidak, anda boleh menghubungi PPI seperti Jasing dan TMNet untuk melanggan Internet dan seterusnya mendapatkan akaun e-mail di samping kemudahan internet yang lain.
CARA MENETAPKAN ALAMAT E-MAIL
Secara konsepnya, e-mail mempunyai banyak persamaan dengan surat biasa baik dari segi penggunaannya mahupun dari segi operasinya. Jika surat menggunakan alamat supaya ia boleh dihantar ke destinasinya, maka begitulah juga dengan e-mail. Bagi surat, system alamat yang digunakan terdiri daripada gabungan nama di penerima dengan alamat premis (rumah, pejabat dan sebagainya) di mana penerima berada. Bagi e-mail pula, alamat yang digunakan terdiri daripada gabungan nama penerima dengan nama domain komputer yang menerima e-mail.
Bentuk Alamat e-mail
Alamat e-mail adalah alamat yang digunakan oleh pelayan e-mail yang mengendalikan penghantaran e-mail ke destinasinya. Ia adalah gabungan nama pengguna (nama akaun e-mail) dengan nama domain bagi pelayan e-mail di mana pengguna mendaftarkan akaun e-mailnya. Format alamat e-mail adalah seperti berikut :
nama_pengguna@nama_domain_pelayan_ e-mail
Berikut adalah beberapa contoh alamat e-mail:
1. ikramhakimi@yahoo.com.co.uk
2. ahmadrazif@hotmail.com
3. nurulsaidah@gmail.com
4. zaharim@danaudigital.com.my
Berikut adalah penjelasan lanjut tentang persamaan yang terdapat di antara surat dan e-mail.
1. Nama akaun pengguna e-mail boleh dianggap sebagai namapenerima surat manakala nama domain pelayan emain e-mail dianggap sebagai alamat premis (rumah, pejabat dan sebagainya).
2. Setiap destinasi mempunyai alamat yang unik, iaitu tidak ada dua destinasi fizikal mempunyai alamat yang sama.
3. Setiap destinasi boleh mempunyai lebin dari satu penerima, iaitu alamat domain atau premis yang sama boleh digunakan oleh lebih daripada seorang pengguna.
4. Setiap surat atau e-mail yang hendak dihantar kepada penerimanya mestilah mempunyai alamat dan nama penerima yang tepat supaya ia dapat disampaikan tanpa sebarang kekeliruan.
Memilih Alamat e-mail
Terdapat beberapa panduan yang harus digunakan bagi memilih nama akaun e-mail anda. Antaranya ialah :
1. Nama akaun sebaik-baiknya hendaklah melambangkan nama atau identiti pengguna
2. Nama yang mudah diingat
Lazimnya nama akaun yang boleh dipilih dihadkan kepada beberapa huruf sahaja (selalunua lebih lapan huruf). Ini boleh menjadikan proses memoloh nama akaun yang sesuai kadang kala menjadi rumit. Bagi pengguna TMNet dan Jaring, nama pendaftaran akaun Internet mereka akan digunakan oleh TMNet dan Jaring sebgai nama pengguna e-mail. Sebagai contoh, seorang pengguna yang berdaftar dengan Jaring dengan namaakaun azaa akan menggunakan azaa@pc.jaring,my sebagai alamat e-mailnya. Seorang pengguna TMNet yang berdaftar dengan nama akaun yang sama akan menggunakan azaa@tmnet.my sebagai alamat e-mailnya.
PANDUAN MENGGUNAKAN E-MAIL
Mel elektronik bukanlah alat komunikasi yang terbaik. Ia mempunyai kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri. Jika kekuatan dan kelemahan ini difaham dengan baik dan jika e-mail digunakan dengan bijak, penggunaannya sebagai alat komunikasi boleh menandingi semua alat komunikasi yang lain. Bahagian ini akan membincangkan beberapa panduan yang harus diikuti untuk menjadikan e-mail sebagai alat komunikasi yang berkesan.
Panduan Am
Pengguna akan menerima e-mail yang dihantar kepadanya jika dia kerap memeriksa akaun e-mailnya. Oleh itu penghantar perlu mengetahui samada penerima adalah pengguna e-mail yang aktif atau tidak. Berikut adalah beberapa panduan umum yang boleh digunakan oleh pengguna e-mail:
Pastikan alamat penerima adalah betul
Alamat yang sala holeh memalukan pengirim atau menimbulkan kekeliruan dan konflik jika diterima oleh orang lain. Pastikan juga bahawa alamat penerima dieja dengan betul supaya boleh dihantar oleh pelayan e-mail dengan segera. Jika alamat yang ditulis tidak wujud, pelayan e-mail akan memaklumkannya kepada penghantar dan ini boleh melambatkan proses komunikasi.
Ketahui penerima e-mail
Nada penulisan seharusnya disesuaikan dengan pertalian yang wujud antara penghantar dengan penerima. Jika penghantar tidak mengenali penerima, maka ada baiknya jika bentuk penulisan secara formal digunakan. Cuba elakkan dari menulis sesuatu yang lucu buat permulaan.
Awas! Apabila menulis sesuatu yang lucu
Adakalanya sesuatu yang lucu bagi anda mungkin tidak lucu bagi penerima atau menyakitkan hatinya. Ia harus dielakkan sekiranya pengguna menulis kepada seseorang yang tidak dikenali. Adakalanya penerima yang dikenali juga mendapati sesuatu yang disangkakan lucu oleh penghantar sebagai tidak lucu.
Awas! Apabila menghantar sesuatu yang sulit
E-mail mudah dibaca oleh pengguna lain. Pastikan kedua-dua pihak yang lain ingin menghantar sesuatu yang sulit menggunakan program khas seperti PGP bagi mengkodkan utusan ke satu format yang tidak boleh dibaca oleh pengguna lain.
Faedah internet kepada pelajar
Pengajaran berlandaskan Internet menjadi semakin penting pada masa kini.
Menurut Sunal et al. (1998) Internet merupakan satu medium yang memudahkan komunikasi dan pemerolehan maklumat dan dapat memudahkan guru membantu murid untuk membentuk pengetahuan sedia ada supaya pelajar dapat menerima pengetahuan baru.
Menurut Ryder & Hughes (1997), kepantasan dan kemudahan meneroka pelbagai sumber maklumat secara global melalui Internet membolehkan pelajar menjana pengetahuan mengikut kebolehan mereka dan ini membantu kepada pencapaian matlamat yang lebih bermakna dengan tidak hanya menghafal fakta.
Antara faedah yang diperolehi oleh pelajar dengan penggunaan internet ialah :
1. Membina kemahiran
-Melalui pembelajaran aktif ini, pelajar boleh menggunakan teknologi untuk membaca, menulis, meneliti dan menyelesaikan masalah.
2. Membawa perubahan
-ini membawa perubahan daripada pembelajaran tradisional kepada pembelajaran yang aktif, mengubah peranan guru dan pelajar ke arah pembelajaran konstruktif yang membawa tumpuan pelajar kepada konteks dunia yang sebenarnya.
3. Membuat tugasan bersama
-projek berkumpulan dapat dilakukan dengan lebih cekap dan produktif. Perbincangan mengenai bahan projek boleh dilakukan melalui telefon video dan telesidang.
4. Kemudahan memperoleh maklumat
- pelajar boleh mendapat pendidikan global sebab ia adalah sebagai gedung maklumat di mana maklumat interaktif dapat diperoleh dengan cepat dan mudah.

Subscribe to:
Posts
(
Atom
)