TIPS KESELAMATAN KETIKA TRAVEL



Tiada tempat yang 100% benar benar selamat didalam dunia ini. Setiap negara dan kotaraya pasti mempunyai kes jenayah masing masing. Yang membezakannya ialah sama ada kadar jenayah di sesuatu tempat itu tinggi atau rendah sahaja. Dalam keseronokan melancong, keselamatan juga perlu diambil kira terutama jika kita melawat ke luar negara. Disini disenaraikan beberapa tips keselamatan sewaktu melancong untuk diambil sebagai panduan.
1. Memeriksa Barangan Peribadi
Apabila anda berehat dan berhenti di sesuatu tempat, sila amalkan untuk memeriksa kembali kawasan tempat duduk sebelum bangun dan meninggalkan tempat itu. Ketika melancong, memang kita akan membawa lebih banyak barang daripada biasa, contohnya beg, kamera, jaket, passport dan sebagainya. Sebab itu kebarangkalian untuk tertinggal barang amat tinggi sewaktu travel. Jadi sebelum bangun meninggalkan tempat anda, periksa dahulu kawasan sekeliling untuk pastikan tiada yang tertinggal.
2. Asingkan Duit
Selalunya kita akan menyimpan wang tunai dan kredit kad di dalam dompet kan? Tapi jika anda pergi travel, jangan lakukan perkara yang sama. Agihkan duit wang tunai dan kredit kad serta simpan di tempat tempat yang berbeza. Juga digalakkan untuk agihkan wang tunai kepada suami, isteri atau rakan rakan supaya ianya tidak disimpan oleh seorang sahaja. Setidaknya kalau berlaku ragut atau kecurian pada seseorang, tidak semua wang yang hilang sekaligus.
3. Poket Belakang
Untuk mengelak dari pencopet, jangan simpan dompet di poket belakang. Simpan di poket hadapan atau yang lebih bagus, gunakan poket yang mempunyai butang.

4. Scan Doukumen Yang Penting
Scan doukumen perjalanan seperti passport, visa, travel insurance, dsb dan kemudian emailkan kepada diri sendiri sebagai backup. Fotokopi juga dokumen dokumen ini dan bawa bersama anda ketika travel. Macam macam boleh berlaku, dan anda tidak pasti bilakah beg anda yang berisi barang-barang penting akan hilang.
5. Dapatkan Insuran Perjalanan
Ramai yang tidak ambil peduli tapi travel insurance sebenarnya sangat penting. Anda tidak tahu bila anda akan jatuh sakit atau mungkin terlibat dengan kemalangan. Di sebahagian negara, anda tidak akan diterima masuk kedalam hospital tanpa mempunyai insuran. Rakan di pejabat saya sendiri pernah mengalami waktu kecemasan ketika bercuti di Thailand. Anaknya tiba tiba jatuh sakit akibat sakit appendic yang hampir pecah. Mujurlah syarikat tempat saya bekerja mempunyai kemudahan coverage travel insurance untuk setiap pekerjanya, jadi dia tidak perlu membayar apa apa pun walaupun bil perubatannya memang mahal.
6. Dapatkan Vaksin
Dapatkan maklumat tentang imunisasi tentang negara yang kita akan lawat. Terutama jika melawat negara yang tahap kesihatannya lebih rendah, dapatkan vaksin daripada doktor jika perlu sebelum pergi ke sana.
7. Jangan Terlalu Menonjol
Elakkan terlalu menonjol iaitu menunjuk barang barang di khalayak ramai seperti barang kemas, duit, barangan mewah dan sebagainya. Simpan kamera di dalam beg jika tidak menggunakannya.
8. Memberi Duit Kepada Peminta Sedekah
Niat anda memang baik. tapi lebih baik sedekah di tempat yang lebih selamat seperti di rumah anak yatim dan sebagainya. Membuka dompet dan mengeluarkan duit di khalayak ramai terutama di tempat asing memang tidak digalakkan. Mana tahu ada orang lain yang sedang memerhati.
9. Pasrah
Ini perkara yang mudah, tapi ramai yang tak faham dan tak mahu ikut. Kalau anda di rompak, berikan sahaja apa yang diminta dan jangan melawan. Travel insuran akan cover balik apa yang anda hilang dan nyawa lagi penting dari beg tangan mewah anda itu. Berikan sahaja apa yang diminta, cepat cepat tinggalkan tempat tersebut dan hubungi polis.
10. Dapatkan Tips di Forum atau Blog
Dalam dunia moden ini, dapatkan maklumat memang mudah, Sebelum pergi, baca dahulu pengalaman pengalaman orang lain yang sudah pegi ke tempat tersebut. Banyak forum dan blog blog yang anda boleh baca. Beri perhatian kepada tips keselamatan, scam, penipuan kepada pelancong pelancong yang selalu terjadi di tempat tersebut. Melakukan persediaan akan mebuatkan anda lebih yakin untuk pergi melancong.

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment